Tuesday 13 November 2012

Jom kita intai pelajaran tahun hadapan...

Pada tahun hadapan pelajaran DST Tahun 3 akan bermula dengan TEMA : PENGENALAN KEPADA SAINS. Dalam topik KEMAHIRAN SAINTIFIK kita akan memahami Kemahiran Proses Sains seperti Memerhati, Mengelas, Mengukur dan Menggunakan Nombor, Meramal, Membuat Inferens dan Berkomunikasi.

Hari ini kita akan melihat contoh Kemahiran Proses Sains yang pertama iaitu Memerhati.

MEMERHATI
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

PETUNJUK :
  • Menggunakan pelbagai deria dengan berkesan.
  • Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
  • Mengenal ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
  • Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan.
  • Memperihal perubahan yang berlaku.
  • Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku.
  • Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.
Tonton video di bawah dan jawab lembaran kerja yang diberikan.




Sunday 11 November 2012

Cuti akhir tahun 2012 bermula

Bermula 10 November 2012, kamu semua tidak lagi dapat melihat cikgu di hadapan kelas mengajar kamu. Bermakna pengajaran kita di dalam kelas terhenti selama lebih kurang sebulan. Tetapi itu tidak bermakna kamu akan terus melupakan pelajaran kerana kamu masih tetap boleh belajar walaupun tiada cikgu dan bilik kelas.

Sebelum cuti yang lalu guru besar ada menyuruh kamu semua melanggan zoom-A dengan membayar RM10 kepada guru kelas. Namun masih ramai yang belum melakukannya. Kalau kamu mahu tahu, melanggan zoom-A dan melayari zoom-A adalah seperti kamu bersama tiga orang guru, berada di bilik darjah, pusat sumber dan segala macam lagi. Sudah pasti dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan lebih santai.

Jadi cikgu harap kamu akan terus belajar..belajar..dan tidak lupa untuk belajar..disamping aktiviti kamu semasa cuti. Untuk pengetahuan kamu, cikgu juga sedang bertungkus lumus belajar pada masa ini demi untuk menggenggam segulung ijazah.

Cikgu akan mendoakan kamu semoga berada dalam keadaan yang selamat sepanjang musim cuti ini dan sentiasa melakukan perkara yang berfaedah. Kamu doakan untuk cikgu juga supaya sihat sejahtera seperti selalu kamu ucapkan sewaktu cikgu masuk ke kelas kamu dan segala urusan cikgu dipermudahkan olehNya. Akhir sekali cikgu nak ucapkan selamat bercuti dan jaga diri baik-baik.

Salam sayang dari cikgu buat kamu semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...